Friday, March 4, 2011

~Jangan terlalu benci~

Awan berarak pergi. Matahari menyorokkan diri. Bulan pula menggantikan mentari untuk menyinari angkasa. Malam semakin kelam. Zura melangkah ke balkoni di kamarnya. Air hujan menemani Zura dengan titisan air mata yang bertalu-talu mencemarkan wajahnya yang gebu. Peristiwa pada petang tadi mencengkam lubuk hatinya. Ingin sahaja dirinya itu rebah dihadapan lelaki yang pernah singgah di hati tapi digagahkan jua tubuh itu untuk terus pergi.
“Zura. i’m so sorry.. kite break ok?” dengan selamber badaknya jejaka di hadapan Zura bertutur. What putus? Biar betik mamat ni. Macam tak ada rasa bersalah langsung sebut kata-kata keramat itu.
“but why? Bukan ke you dah janji ngan I kite nak ke jinjang pelamin bersama? Kenapa you nak mungkir janji you pula?” Zura bertanya. aiseehhh.. macam dalam tv pulak.Zura terkejut pabila terasa bahunya disentuh oleh seseorang.
“because of me” wanita di belakang Zura mengeluarkan kata-kata. Syira?
“kenapa kauorang sanggup buat aku macam ni?” tanya Zura.
“kenapa kau kata? Sebab kau tunang aku tinggalkan aku. Sebab kau, aku jadi benteng antara kau dan semua orang yang meminati kau. Kau ingat aku ni apa? Tunggul? Semua orang suka kat kau. Aku ni? Cuma jadi shadow kau je. Kau Cuma tahu kau punya sedih, aku punya sedih kau tak nak tahu? Dah la Zura. aku tak nak ada kawan macam engkau. Tak guna pun kalau ada and one more thing…”
“I ni BF syira and selama ni I just berlakon je kononnya I suka kat you. Actually, I tengok muka you pun I naik meluat” pintas jejaka itu.
PANG!!!!
Satu tamparan hinggap di pipi jejaka tersebut. Hampir setengah tahun aku di tipu oleh mereka. Syira menolak tubuh Zura sehingga Zura tersembam jatuh. Zura menggagahkan dirinya untuk berdiri. Senyuman sinis melekat di bibir mulusnya. ‘zura ini lah masanya kau nak tunjukkan bakat. Kau kan drama queen’.
Tepukan di hadiahkan kepada syira dan kekasihnya. Tepukan mengejek. Senyuman masih tak lekang di bibir. Matanya yang mula mahu menakung air, ditahan.
“hebat lakonan kauorang. Tak sangka aku syira, kau masih ada bakat untuk jadi pengarah. Syabas. Aku rasa kalau kau buat movie kan, mesti panggung penuh tau. Better kau ceburi je bidang seni. Nanti kau boleh jadi pengarah yang tersohor tau.”
“sial punya betina. Anak haram.…” cemuhan keluar dari mulut Syira.
“sakit hati ye? Kalau tak silap kan, aku lahir dulu tapi kau ni macam ahli nujum je. Mak aku kata aku lahir dari rahim dia. Siap guna vacuum lagi. Kau guna black magic ea? Tak sangka..” pintas Zura sebelum telinganya panas mendengar cemuhan dari Syira
“ok lah kauorang, aku chow dulu. Nanti tak pasal-pasal kena telan dengan singa betina.”

Lamunan Zura terhenti apabila merasa belakang tubuhnya di usap. Nora berdiri disebelahnya. “sudah lah Zura. yang baik itu tetap ada. Kau lebih pantas untuk dapat yang terbaik. Jangan bersedih Zura. Jodoh kita tetap menunggu. Lagi satu, kalau kau sedih, aku akan sentiasa ada di sisi kau ok. Don’t worry”
“thanks Nora. Kau la satu-satunya sahabat aku.”
“shhh.. kita bukan macam sahabat lagi. Dah macam adik beradik. Remember.”
Zura mengangguk. Jasa nora padanya tak akan dilupakan. Darah yang mengalir ditubuhnya sebahagiannya adalah darah milik Nora.
“dah lah Zura, pergi tidur. Esok kan kau nak sambut kedatangan bos baru kat office kau tu”
“tak ada kena mengena pun dengan aku. Aku bukannya kerja tu nak dok menghadap muka dia. Baik aku menghadap kertas-kertas untuk lukis plan. Aku kan arkitek yang sejati”
“sejati lah sangat. kalau handsome usyakan untuk aku. Kalau tak handsome kau ambil lah”
“banyak cantik muka hang. Kalau muka tak siap hang punya la. Yang handsome mestilah untuk aku. Kat hospital kan banyak passion. Kau pilih je, masti sangkut punya.”
“banyak lah kau. Dah lah, pergi tidur sana. Tak pasal-pasal aku terpaksa buat surat MC untuk kau”
“tolong sikit ea, aku tak main lah MC MC nie. Aku kan arketik yang sejati.”
* * *
“alamak. Lambat lah pulak.” Zura mengeluh. Mintak-mintak lah bos aku baik hati. Maybe kalau sampai office pun, lambat lima minit je.
Zura meluru masuk ke banggunan 14 tinggat itu. Kakinya dihayun laju. Sempat.. sempat.. hatinya berdetik. Pintu lif terbuka. Zura meluru masuk.
TING!! Yahoo.. sampai pun. Zura keluar dengan pantas tanpa melihat sekeliling.
PAP!!!!
Sakit lah sey. Aduh. Aku langgar apa ek? Giler lah. Sampai terduduk aku dibuatnya. Nak dongak ke tak nak. Nak ke taknak. Seram pulak kalau nak tengok. Aku dengar bangunan ni ada penghuni. Selisih. Zura.. tengah siang macam ni mana ada hantu.
“cik?” suara garau menyapa telinga Zura.
Lambat-lambat Zura mendongak. Handsomenyer. Putih pulak tu. Macam aku pernah nampak muka ni, tapi di mana ya? Ala.. office kan? Bersepah kot muka macam ni.
“oi.. cik kak, buta ye? Dah la tu pekak pulak” lancang jejaka tersebut bertutur. Zura terus bangkit untuk berdiri. Kesengalan tahap gaban punya mamat. Bukan reti nak tolong aku. Cuba lah jadi romantik sikit macam kat dalam tv tu. Ni tidak. Ni yang gua angin beb. Panazz je hati gua.
“amboi, sesedap sambal belacan plus kangkung je kau cakap aku macam tu ek? Kau pun jalan tak tengok. Bukan salah aku sorang” Zura berpaling melihat pergelangan tangannya. Mak oiii.. dah lambat. Nanti bos aku marah.
Zura berlari seraya melanggar bahu jejaka tersebut. lidahnya dijelirkan. Blleekk.. kau ingat kau handsome aku heran? Aku simbah air panas yang menggelegak kat muka kau baru tau. Baru kau kenal siapa Zura Irdina taw.
“amboi kak chik, baru sampai?” tegur Nadia, rakan sekerjanya setelah melihat Zura terkocoh-kocoh melangkah ke ruangannya.
“woi nad. Pakwe aku tu dah sampai?”
“sesuka hati mak kau je cakap dia tu pakwe kau. Bukti bagi dulu meyh..”
“siapa pakwe awak?” suara garau mengejutkan mereka.
“bos! Maaf saya pergi dulu” Nadia tertunduk lantas berlari.
“bos??” Zura tergamam.
“yupe.. dah kenal kan? Masuk bilik saya sekarang.”jejaka itu bersuara tegas. Alamak..ini yang den tak berkenan. Nak ajak masuk bilik pulak. Mampus aku kena ceramah pagi-pagi buta ni. Buat bodoh je la. Zura membuntuti bosnya itu. Apa nama mamat ni ek? Padan muka kau. Tu lah, tak pernah nak ambil tahu hal-hal macam ni.
“sit” jejaka itu mrmpersilakan Zura untuk duduk didahadapnnya.
“nama saya Edham Zakhuan”
“Edham Zakhuan?”
“did you still remember me Zura Irdina Razmi?”Zura menelan air liur beberapa kali. Ya Allah, betul ke ni? Edham Zakhuan bin Ahmad Adam.
“maaf encik, saya ada hal. Emergency.” Zura meluru keluar dari ruangan Edham.
• * *
“kenapa dia muncul lagi Nora?” Zura menangis di dalam pelukan Nora. Kepala Zura diusap beberapa kali.
“zura sabar. Mungkin dia dah berubah. Kita tak tahu kan?”
“berubah? Sakit hati aku ni siapa nak padam Nora?”
“kau jangan jatuh macam ni Zura. kau buat-buat tak kenal. Tak pun macam pelanduk dua serupa.”
“kau cakap senang lah Nora. Aku yang rasa sakitnya.”
“stop it lah Zura. dah 8 tahun benda ni berlalu. Kau kena kuat.”
“aku tak boleh Nora”
“Zura listen. Zura yang aku kenal tak lemah macam ni. Kau boleh berlakon kat depan mamat gonjeng tu and syira. Kenapa tak sekarang? Kau kuat kan?”
Zura mengangguk. Ya.. aku kuat. Nora menghulur beruang koala pemberian rakan baik mereka semasa di sekolah menengah iaitu Aisyah kepada Zura. Tubuh Zura serta merta terbaring tatkala boneka beruang koala berada di dakapannya. Nora perlahan-lahan keluar dari kamar Zura.

“kalau aku suka kat kau, kau terima tak?” Tanya Edham kepada Zura.mamat ni biar betul? Meluru saja soalan dia.
“gila nak terima? Benda paling nonsense kot” Zura membalas tanpa mempamerkan sebarang riak wajah.
“Zura, nanti balik kau jalan seorang ye? Aku ada hal lah” Edham bangkit untuk melangkah ke tempat duduknya.¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬
“all right sir” Zura membalas seraya menatap buku rujukan fizik dihadapannya.
Zura berjalan bersendirian di laluan sempit. Dari jauh terdengar bunyi enjen motor. Nak lari ke tak? Mati aku kena ganggu nanti.
“cik kak, jalan seorang je ke? Kesian kau..” salah seorang daripada mereka bersuara.
“bla la wei” marah Zura. Dadanya berombak menahan marah.
“bla? Mana boleh. Orang dah ada depan mata kan? Tak kan nak sia-siakan” sambung seorang lagi lelaki di atas motor yang lain.
“bangang!!” tengking Zura
“dia marah la. Cik adik, awak ni makin marah, makin cantik lah” sambung seorang lelaki yang berada dimotor berlainan.
Sebuah moto bewarna biru gelap datang menghampiri mereka. Sempat mereka berbual seketika. “de… tak payah nak ganggu minah ni. Bekas aku la.. tak ada apa yang seronok pun” Edham bertutur. Jelingan tajam di berikan kepada Zura.
“muka macam alim. Perangai cam babun rupanya.” Kata seorang dari mereka. Lelaki yang lain menyambut dengan gelak ketawa.
“baik kita bla dari sini. Ramai lagi pempuan lain kat area ni kalau kaorang nak kacau” sambung Edham lagi.
“kau main dengan maruah aku Am?” Zura menagis sendiri. Kawan aku sanggup buat aku macam ni?
“yayah…”
“jangan panggil aku dengan nama tu. Kau tak layak panggil aku yayah”
Memori lama terulang kembali. Sakit. Pedih. Hiba. Zura akhirnya terlena di dalam linangan air mata.
* * *
“Zura, jom lunch.” Ajak Wati.
“tak nak lah wati. Aku tak ada selera.”
“ok lah kalau macam tu. Bye”
“Zura nak lunch?”Satu suara garau menerjah gegendang telinga. Huh baru 5 minit tadi aku jawab soalan macam tu. Tak kan nak kena jawab lagi? Malas aku nak layan. Aghh.. geleng je la. Edham memandang sekeliling.
“kau ni kan, dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah kan?”
“suka hati aku lah. Apa kau sebuk?” marah Zura.
“kat office ni tinggal kita berdua je tau. Jangan sampai aku kiss kau. Baru kau tahu nanti. Baik kau ikut aku.” Ugut Edham.
“mulut kau still tak nak berubah ek? Kau cakap aku minah kepoh, abis kau tu? Mulut puaka” Zura tidak berpuas hsti dengan ugutan Edham.
“I’m your bos. Respect sikit.” Tegas Edham. Zura sekadar menjelirkan lidah. Aku kau tak reti nak respect?
“jom. Kalau tak aku jotos kepala kau” sambung Edham. Zura lantas berdiri mengejar Edham dari belankang. Zura jalan beriringan Edham. Tak sanggup aku kena jotos dengan dia. Cukuplah di zaman sekolah dulu.
“kau nak bawak aku pergi mana? Kalau nak belanja aku, aku tak layan warung-warung murah. Aku nak pergi coffee house.” Zura bersuara setelah lama membisu di dalam kereta Toyota harrier milik Edham.
“kau ni order je kan? Siapa kata aku nak belanja?” duga Edham.
“hantar aku balik office la. Ajak aku kaluar tapi makan bayar sendiri. Baik tak payah”
“merajuk je kerjanya. Bawak-bawak lah berubah”
“kalau aku tak berubah. Aku tak tegur kau lah beruk.”
“ye lah. Aku minta maaf pasal dulu.”
“otak kau.. makan kasut aku dulu. Baru aku maafkan kau”
“kau buat sup kasut. Nanti aku makan”
“huh!!” Zura memalingkan wajah ke luar tingkap. terimbau kenangan lalu. Hubungan Zura dan Edham bagaikan isi dan kuku. Dimana ada Zura, di situ ada Edham. Tetapi hubungan persahabatan yang di ikat erat akhirnya putus hanya sesaat. Kenangan manis sebelum peristiwa tidak diingini berlaku bermain di minda.

“aku merajuk dengan kau?” Zura memuncungkan bibir. Hanya gara-gara Edham tidak menegurnya sehari.
“aik? Merajuk pun boleh cakap ke?” gurau Edham.
“mestilah” sepatah Zura membalas.
“I’m sorry princess. Apa yang harus patik lakukan untuk menebus kesalahan patik tuanku?” separa merayu di dalam nadanya.
“nak coklat. Ferraro rosher” Zura meminta.
“demand la princess ni. Cadbury da lah.”
“tak nak. Aku nak coklat mahal.”
Keesokan harinya…..
“Zura ada orang bagi ni” Nora menghulur bekas berbentuk hati. Dalamnya terisi coklat ferraro rosher.
“Edham bagi kan?”
“yup”
Sebaik sahaja Edham melangkah masuk ke kelas, Zura terus berdiri di belakang Edham seraya menghadiahkan tepukan kuat di belakang tubuh Edham.
“sakit la Yayah” Edham mengaduh.
“Am, thanks for this.” Bicara Zura dengan nada teruja. Kotak berbentuk hati di tangan dihayunkan.
“dah tak merajuk lagi?” Tanya Edham.
Zura mengeleng.
TUK!! Aduh. Kena tonjol la pulek..
“dengki la kau” Zura menggosok dahinya.
“hehehe. Sekali sekala” balas Edham.
“lama-lama aku boleh gila sebab kau” Zura memerli.
“nape pulak?” soal Edham.
“otak bergegar”. Zura tergelak dalam percakapnnya. Edham mengusap kepala Zura. amboi, kau buat aku macam adik kau pula ye. Zura memijak kasut Edham.

“ooii kepoh, jauh mengelamun”
“sebuk la kau ni”
“kena marah pulak. Kau nak turun ke tak nak?”
“eh.. nak”
Zura melangkah keluar dari kereta. Sepanjang waktu makan terngah hari mereka habiskan berdua dia coffie house pilihan Edham. Hilang sebentar marah yang sudah tebuku di hati Zura sejak bertahun.
* * *
Zura mengambil album yang tersadai di meja sisi katil. Satu demi satu helaian di selak. Matanya tertacap pada seorang gadis berbaju putih bersama seorang jejaka kacak. Akan tetapi, tiada riak ceria di wajah gadis tersebut. Ini gambar aku dengan Edham. Zura tersenyum. Macam mana lah aku boleh menang pasangan paling sweet dengan dia ni? Sedangkan sepanjang kami di gandingkan, kami tidak berhenti bertengkar.

“asal kau bergandingan dengan aku pulak?” soal Zura.
“mana aku tahu. Dah tangan kau malang nak buat macam mana?” perli Edham
“tangan kau yang dok nak ambil nombor yang sama dengan aku. Benci. hidup aku sentiasa malang kalau ada kau, kau tahu tak?”
“aku tak nak tahu pun. Kau ingat aku suka sangat jadi partner kau? Minah kepoh. Agaknya kalau kau ada husband kan, baru kawin sehari suami kau dah lari sebab tak tahan dengan mulut kau yang tak habis-habis nak membebel tu”
“aku menyampah dengan kau. Baik aku bla. Tak heran lah aku dengan anugerah entah ape kejadah tu.”
“kau jangan nak mengada. Aku nak menang. Jangan samapi aku cium kau kat sini.”
“sakai siot”
“kau lah sakai. Tak open minded. Minda tertutup betul lah kau ni. Buka lah sikit otak kau tu, biar fresh sikit”
“AGGGGHHHH!!! Fine….”
Edham dengan sengajanya memijak kain labuh Zura. Zura tersungkur tapi sempat di capai oleh Edham. Terkebil-kebil mata Zura melihat wajah yang membantunya. Edham tiba-tiba mengahadiahkan senyuman sinis kepada Zura. kurang hasam kau Edham, aku ingat kau terpijak kain aku. Rupanya sengaja. Kau tengok lah nanti.
“lepas lah bodoh. Bukan muhrim. Haram.” Zura memaki Edham.
“ok” Zura terhuyu-hayang menahan tubuh dari jatuh. Siap kau beruk. Zura menahan kaki Edham dari menghayunkan kaki untuk maju. Edham sedikit tersungkur gara-gara Zura. padan muka kau. Penonton dikalangan rakan-rakan tersengih melihat lakonan tidak berpengarah mereka.
“ops.. sorry, sengaja.” Zura meninggalkan Edham di belakang. Zura memalingkan wajah seraya menjelir lidah.
Telefon bimbit nokia 5300 memainkan perananya. Album di tangan di letak kembali di almari kecil di sisi katil. Zura mencapai telefon bimbitnya lalu menjawab panggilan tanpa melihat nama yang tertacap di skrin.
“helo??” Zura memulakan perbualan.
“hello.. Zura” suara garau di hujung talian membuatkan Zura terkaku seketika.
“Zura.. jangan letak please.. I’m sorry. I tak ada niat pun nak buat you macam tu. I love you. I buat tu kerana terpaksa. Syira paksa I. sekarang baru I sedar siapa kaca, siapa permata. I dah minta Syira supaya lupakan I. Zura, please comeback to me.”
“maaf Razif. I pun dah nampak mana kaca dan mana permata. I tak boleh terima you and tak akan terima you. Pergilah bersama Syira. Dia yang layak untuk you, bukan I. and for your information, dalam kamus hidup I, nama you, I dah senarai hitamkan and you tak pernah wujud dalam hati i. bye Razif.” Talian terus dimatikan. Kenapalah dalam hidup aku ni semua nak aku jadikan dia musuh?
* * *
“woi perempuan. Keluar kau sekarang” suara Syira terpekik di tingkat 10. kawasan Zura bekerja. Terhempas pensil di tangan Zura. apa lagi minah ni tak puas hati dengan aku? nazmi dan nadia yang sedang khusyuk mendengar penjelasan Zura turut tergamam.
“kau nak apa Syira?” Zura mebalas dengan suara yang kasar.
“woi betina. Sudah lah tu nak mengganggu hidup orang. Kau tak bosan ke asyik nak rampas kekasih orang?”
“and kau tak bosan ke asyik nak serang aku? Kau ni satu-satunya orang yang paling tak berperikemanusiaan kau tau tak? kau kan yang upah orang suruh langgar aku sampai aku koma? Kau ingat aku bodoh?” segala isi hati yang tersimpan di muntahkan.
“kau tu tak sedar diri kau tau tak? berlagak. Agaknya mak kau menyesal pernah keluarkan kau dari rahim dia…”
“kau ni kalau aku cakap bodoh kau marah. Kalau aku cakap kau bangang pun kau memang terlebih bangang. Last two days kau cakap aku anak haram. Hari ni kau cakap mak aku lahirkan aku. Woi, jadi orang lain kali tetap pendirian baru pakwe kau tak lari”potong Zura.
“binatang punya perempuan” tangan Syira dihayunkan namun sempat ditahan oleh Edham.
“kau tak layak cakap dia macam tu” Edham mencelah. Tangan Syira di hempas.
“malang betul kau ada pekerja macam dia kan?”
“sepatutnya Zura yang malang sebab ada kawan macam kau. Aku kenal Zura lebih lama dari kau. Baik kau keluar dari sini sebelum aku hilang sabar. KELUAR!!” tengking Edham. Syira menghentak-hentak kakinya lalu keluar dari ruangan tempat Zura bekerja.
“Am..” perlahan Zura memanggil Edham.
“kamu semua ni saya bayar untuk tengok drama tadi ke? Balik tempat masing-masing” arah Edham.
“Zura. kau ok?”
Zura hanya mengangguk. Edham kembali ke ruangannya. Air mata Zura yang bertakung di kelopak mata tertumpah jua akhirnya.
* * *
“assalamuaikum” Zura memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah kedua ibu bapanya. Tangan kedua orang yang paling disayangi itu di kuncup mesra.
“yayah, papa nak cakap sikit dengan yayah.” Tegas suara En Razmi.
“ye pa..” Zura menyambut. Zura melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan mama dan papanya.
“yayah dah ada calon? Kalau dah ada, suruh la datang sini, jumpa mama dengan papa.terus hantar rombongan meminang” Puan Zahida memulakan topik pembicaraan mereka.
“calon apanya..tak sampai seru lagi la” Jawab Zura.
“yayah.. ingat Yayah muda lagi?” soal Puan Zahida.
“yayah tak minat la nak bahas pasal ni”
“mama dengan papa dah ada calon untuk yayah” Encik Razmi memintas perbualan Zura dan Puan Zahida.
“calon ape? Anugrah skrin?” Zura cuba menenangkan hatinya.
“ada ke yayah ni” Encik Razmi membalas tetapi ketegangan tetap terasa.
“ikot papa lah. Yayah pun malas nak fakir lagi. apa pilihan papa, tu pilihan yayah”
“betul ke ni yah?” Puan Zahida mula mempamerkan wajah ceria.
“ustazah yah pernah cakap, kalau nak cari suami tu biarlah yang direstui oleh ibu bapa. Kalau yah memberontak, yah berdosa nanti. Tak apa lah. Pilihan papa dengan mama adalah keputusan yang terbaik untuk yayah. Yayah redha”
“tapi kalau yayah tak setuju. Papa tak paksa”
“yayah setuju. Pa.. ma.. yah nak naik sekejap”
Pintu kamar ditutup rapat. Air mata mula menitis. Mama.. papa… yayah tak bersedia lagi. Hati yayah dah hancur..
• * *
“aku terima nikahnya Zura Irdina binti Razmi dengan mas kawinya 80 ringgit tunai.” Dengan sekali lafaz, Zura sudahpun dimiliki oleh lelaki yang tidak disukai dan dibenci, Edham Zakhuan bin Ahmad Adam. Menitis air matanya ketika itu. Ya Allah perasaan apa yang ada di benakku ini? Senang, gembira, hiba, duka, kecewa? Aku tidak mungkin membenci suamiku sendiri. Zura tersenyum senang melihat Edham berdiri setelah melafazkan akad nikah untuk menunaikan solat syukur.
Setelah majlis persandingan, Zura, Edham dan seisi keluarga berkumpul untuk membuka hadiah. Zura dan Edham berada di hadapan seluruh isi keluarga. Sudah menjadi rutin keluarga Zura. Jika suatu persandingan itu sudah selesai, pertandungan meneka hadiah akan diadakan.
“yayah nak buka hadiah yang mana dulu?” tanya Aina sepupu Zura.
“yayah nak buka hadiah paling besar” jawab Zura
“hadiah yang kecik tu kadang-kadang lagi berharga” tegur Maksunya.
“ala, yang kecik kan semua family yang bagi. Biar lah yayah buka hadiah kawan-kawan dulu. Sekurang-kurangnya nanti tak ada orang yang tertidur masa yah buka hadiah” Zura memandang Amirul, sepupunya yang dulu tertidur sewaktu majlis membuka hadiah. Amirul menjeling tajam kearah Zura.
“kak yah sengaja nak naikkan darah kita ek?”marah Amirul.
“haha.. terasa ke?” gurau Zura.
“dah yah cepat lah, tak sabar ni.” Ujar Anis.
“amboi, suka hati yah lah, kan hadiah yah. Betul tak am?” Zura memandang Edham yang dari tadi hanya duduk membisu.
“betul. Tapi yah tengok muka halida, terkulat-kulat tahan ngantuk.” Tegur Edham. Bergurau sahaja kerja Zura ni.
“ala.. ciannya adik sedara kak yah ni. Meh sini dengan kak yah.” Zura menganggkat adik sedaranya itu seraya di letak di atas pahanya.
“ala.. kak yah. Mana boleh halida je rapat dengan kak yah. Kitaorang pun nak rapat dengan kak yah” jelas Farhani bertutur. Cemburu lah tu.
“kak yah punya kaki sakit lah. sini, duduk kat pakcik Am.”
“yayah. Cepat la buka” arah papanya.
“ok..ok”
“yah.. hadiah paling besar tu siapa bagi?” tanya Mak Tamnya.
“yang mana?” soal Zura
“sampul bear tu”
“owh.. nora”
“cuba teka apa isi dalam ni” tanya Zura
“tahu.. set pinggan mangkuk” tepat sekali tekaan sepupunya. Aiman.
Zura membelek kad yang dilekatkan di atas hadiah tersebut.
Zura selamat pengantin baru. Lepas ni kita susah lah nak jumpa lagi kan? aku pun lagi 3 bulan nak ikut jejak kau. Zura aku harap kau buang lah rasa benci kau dekat Edham. Sudah lah tu. Aku tahu kau susah nak lupakan kenangan lalu tapi kau boleh cuba kan? tak baik membenci suami sendiri. Dalam dunia ni, tiada manusia yang sempurna dan tiada insan yang akan terlepas dari melakukan kesalahan. Kau dicipta untuk menyempurnakan diri dia yang tidak sempurna dan pasangan yang datangnya dari illahi akan bersama-sama membina keluarga yang sempurna. Aku doakan hubungan kau dengan Edham akan kekal hingga akhir hayat.. cinta sampai syurga.. jadi isteri yang solehah supaya boleh jadi bidadari di syurga nanti… insyaallah…
Menitis airmata Zura setelah meneliti isi kandungan di dalam kad tersebut. Nora.. aku perlukan kau.
Setelah usai pertandingan meneka hadiah, Edham dan Zura mnuju ke kamar. Zura duduk di birai katil. Edham mengambil tempat di sebelahnya.
“Zura kenapa ni?” tanya Edham.
“Zura nak Nora”
“kau janganlah macam ni. Nora ada emergency call tadi kan kat hospital. Aku kan ada. Dah, kau pergi tidur. Aku tidur dekat sofa.”
“Am. Kau tidur lah atas katil. Biar aku tidur kat sofa. Tak elok kalau aku buat kau macam tu.”
“Zu..ra..” perlahan suara Edham. Zura berlari kearah sofa. Tubuhnya di malaskan dia atas sofa.
“jangan lah degil. Tak pasal-pasal ada orang kena backhand dengan aku. Kau tidur kat sana” tegas Zura.
“ok lah isteriku sayang. degil lagi nakal.” Edham menghayunkan kaki ke katil. Degil. Tak berubah.
* * *
“Ed, kenapa buat I macam ni?” seorang wanita bertubuh tinggi persis model merapati meja mereka.
“buat apa?” tanya Edham
“buat apa you kata? You dah hancurkan hati I. hubungan kita selama 5 tahun you gantung tak bertali. You tahu tak anak yang I kandungkan ni anak siapa? Anak you”
“apa kau mengarut ni? Aku tak kenal kau” Edham meningking wanita dihadapannya.
“depan wife you, you cakap you tak kenal I. pandai you berlakon. I tak kira. I nak you tanggungjawab juga”
“Am.. apa semua ni? Siapa perempuan ni?” mata Zura mula berair.
“suami you ni, dah mengandungkan I, lepas tu tak nak bertanggung jawab. Boleh pulak dia kahwin dengan you.”
“Edham.. betul ke apa dia cakap?” tanya Zura. lemah dia ketika itu. mutiara jernih itu tidak lagi mampu di tahan.
“orang kalau dah buat salah mana nak mengaku” wanita tinggi lampai itu berkata. Zura berlari meninggalkan ruanagan makan. Kakinya melangkah tanpa arah tujuan. Di dalam hatinya kini hanya mahukan keadaan yang tenang.
Longlai kaki Zura untuk melangkah. Dihadapan laut yang luas terbentang Zura melabuhkan punggung untuk menenagkan fikiran. Pamandangan di Pulau Tioman sangat indah pada malam hari. Bulan dan bintang yang sentiasa menemaninya di tatap sayu. Zura memluk lututnya. Air mata terus jatuh tanpa diseka.
“zura..” Edham turut melabuhkan punggung di sebelah Zura. Air mata yang memberkas di pipi Zura diseka menggunakan jemarinya. Zura menepis tangan Edham kuat.
“don’t touch me” Zura berbica dalam sendu.
“Zura dah salah faham.”
“apa yang Zura salah faham? Zura salah faham yang Am dah mengandungkan anak orang? Zura salah sangka dengan apa yang perempuan tadi tu cakap? Zura salah sangka sebab tak percayakan Am?” bertalu-talu soalan yang terpancul dari bibir Zura. kenapa kau sedih Zura? bukan ke ini boleh jadi sebab penceraian kau? kau cintakan Edham? Tak mungkin.. hati Zura berbisik.
Wanita tinggi berbaju merah duduk disebelah Zura. “Zura.. betul kata Edham. Ini semua lakonan semata-mata. Saya kawan baik Edham semasa di Holland. Dia sengaja nak uji Zura. dia sayang sangat Zura. ramai perempuan yang goda dia tapi dia tak pernah layan. Semua kerana Zura. dia minta tolong pada saya pun sebab dia sedih, sepanjang sebulan lebih Zura bersatu dengan dia, Zura tak pernah tegur dia langsung. sekarang dah terbukti Zura sayang kat dia tapi Zura ego. Padamlah ego Zura tu. Terimah lah dia sebagai suami Zura. orang yang boleh membimbing Zura.” panjang lebar wanita tinggi lampai itu menerangkan situasi.
“Zura, saya pergi dulu.” Gadis itu pamit. Hilang bayang wanita itu ditelan larutnya malam.
“Zura.. maafkan Am. Am tak patut buat Zura menangis macam ni” pujuk Edham. Tubuh Zura yang tidak beralih dari tadi dirangkul. Teresak-esak Zura menangis sambil memeluk lututnya. Rangkulan Edham ke arah tubuhnya tidak diendahkan.
“Am sayang Zura. Am tak nak kehilangan Zura. Zura lah segalanya bagi Am.”
“tapi kenapa Am bermain dengan maruah Zura dulu?”
“Am tak nak Zura di sentuh sedikit saja oleh kawan-kawam Am. Am Cuma nak protact Zura je. Tapi tak sangka Zura bergitu benci pada Am.” jujur Edham berkata. Tergamam Zura mendengar ata-kata Edham.
“Am.. maafkan Yayah. Yayah tak tahu” Zura terus merangkul tubuh Edham. Edham tersenyum. Rindunya dia kepada nama manja Zura. Edham tidak mendengar lagi Zura membahasakan dirinya Yayah selepas peristiwa yang berlaku keatas diri Zura.
Kuncupan di dahi di hadiahkan kepada Zura. “tak mengapa sayang. Am faham. Yayah janji jangan tinggalkan Am” lembut Edham berbisik di telinga Zura. Zura mengangguk.
“lepas ni try panggil Am abang pula tau.” Arah Edham.
“insyaallah”
Zura memanjatkan syukur ke hadrat Illahi. Akhirnya dia sedar Edham Zakhuan adalah jodoh yang terbaik untuknya. Allah itu maha adil.

HAWA DIJADIKAN DARI RUSUK KANAN ADAM
BUKAN DARI KEPALANYA UNTUK DIJUNJUNG
BUKAN PULA DARI KAKINYA UNTUK DIJADIKAN PENGALAS
TETAPI DARI SISINYA UNTUK DIJADIKAN TEMAN HIDUP
DEKAT DENGAN LENGAN UNTUK DI LINDUNGI
DEKAT DENGAN HATI UNTUK DI CINTAI


2 comments:

  1. sayang~ jgn la guna warna biru, rabun dekat trus ak..huhu...xjelas nak baca.

    ReplyDelete