Sunday, June 19, 2011

Mari belajar Adab!

Orang zaman sekarang ni da sesetengahnya memandang remeh tentang adab ni..tak tau lah kenapa macam tu..nda pa ri ni sya akan ajar 1 adab yang korang selalu lakukan..Da sesetengah orang tak malu..Dia biar jak mulut dia ternganga tym menguap..eeeeiiiww kurang sopan tau..tu nmanya kurang adab..Mari kita mula pembelajaran kita!:D

ADAB MENGUAP

1. Hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka dan menhalang sesuatu masuk ke dalam mulut.

2. Disuruh mengurangkan suaranya hingga tidak kedengaran langsung.

3. Selepas menguap hendaklah beristighfarkepada Allah s.w.t kerana menguap adalah dari tanda malas ke dan ia dari syaitan.

Rasullah s.a.w bersabda :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi bersabda "Sesunggunya Allah s.w.t sukakan bersin dan benci menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah s.w.t , hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "YarhamukAllah" . Adapun menguap adalah dari syaitan , jadi jika seorang kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan ketawa melihatnya." Riwayat Bukhari.

Rasullah s.a.w bersabda dari Abu Hurairah r.a katanya, "Menguap dalam solat adalah dayang daripada syaitan , jika seseorang kamu menguap maka hendaklah ia berusaha menahannya (dari membuka mulut lebar-lebar)."


Mari lah kawan2 kita amalkan adab ini bagi mengelakkan ditertawakan oleh syaitan..Artikel ni diberi oleh kazen..Dah lama artikel lam fail..Sampai behabuk fail ni..hehe..Renung-renungkan dan Selamat beramal!