Friday, April 15, 2011

~Secangkir latte sepotong kek coklat~

JANUARI 2016

Ketika aku sedang asyik menyusun buku dan album-album lama ku ke dalam sebuah rak buku,aku terpandang sebuah gambar kenangan antara aku dan rakan-rakan ku. Tiba-tiba fikiran mengimbas kenangan lampau antara aku dan mereka. Kenangan yang akhirnya telah menemukan aku dengan cinta pertamaku yang aku pendam sekian lama sehingga tiada siapapun pernah tahu bahawa aku menyimpan perasaan terhadapnya..

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
DISEMBER 2010


Aku dan rakan-rakanku telah memilih tempat duduk di restoran KFC yang terletak di Mahkota Parade, Melaka. Kami menikmati makanan yang dipesan sebentar tadi sambil berbual-bual.
“wah..lamanya tak makan dengan Kak Iesha. Orang rindu tau. Teringat waktu kita kat asrama dulu kan?” ujar Qura’inie.pada kakak kesayangannya.
” Betul tu, kan Qur? Fyza rindu sangat ngan kakak. Bila jumpa kak Iesha balik, macam tak percaya saja. Kakak betul-betul dah berubah. Makin cantik.” Sampuk Fyza. Mereka kedua-duanya merupakan adik angkat aku.
“ye adik-adik kakak yang tersayang. Kakak pun sama. Sekarang ni lega sedikit dah habis SPM kan Ifa, Sara?”soalku pada rakan karib aku iaitu Sara dan Afiffah.
“ye, betul-betul-betul! Terubat juga rindu aku pada kau.” Ujarnya. Kami semua sibuk berceloteh sambil makan. Mungkin terlalu gembira kerana sudah lama tidak bersua.
Selesai menjamu selera, kami mula bangun dan beredar dari tempat makan. Sara,Afiffah,Qurrainie dan Fyza sudah meninggalkan aku yang sedang membasuh tangan di sinki. Kerana takut ketinggalan, aku berlari-lari anak mengejar mereka. Kelam kabut sehingga tidak perasan akan sesusuk tubuh yang sedang berdiri di hadapan aku. Disebabkan impak yang terlalu berwibawa,menyebabkan aku terlanggarnya lalu menumpahkan air pepsi yang ada di atas dulang yang ditatang olehnya lalu terkena sluarnya di bahagian zip hadapan.
“oh, SH*T! You ni jalan pakai mata ke pakai kepala lutut?” tengkingnya.
“sorry. I mintak maaf. I tak sengaja. Err, ok, macam ni, biar I ganti balik air you tu. And..and..i’m so sorry, I tak dapat buat apa-apa dengan seluar you.” Ujarku dalam keadaan cemas. Alamak! Macam mana pula aku boleh cuai sangat sampai boleh terlanggar mamat ni. Aduh, apa aku nak buat ni?
Aku mengeluarkan tisu dari dalam tas tangan ku bertujuan untuk membersihkan seluarnya. Tiba-tiba..
“hei! Apa yang you cuba buat ni? Ha? Nak cabul I ke?” tengkingnya lagi. Kali ini suaranya agak kuat berbanding tadi. Dia hampir-hampir menampar aku tetapi, berbekalkan ilmu karate-do ku membuatkan tindakan refleks ku pantas lalu secara tidak sengaja, aku telah menepis tangan lelaki itu dan satu tumbukan padu telah berjaya singgah di perutnya. Aku terpana sebentar dengan tindakanku yang secara tidak sengaja itu. Lelaki di hadapanku ini yang sedari tadinya berdiri dengan angkuh menghadapku sambil memarahi dan menengking aku sesuka hatinya kini telah tertunduk menahan kesakitan. Kini kami telah menjadi perhatian semua pelanggan di dalam KFC tersebut.
“encik, I betul-betul tak sengaja. Siapa suruh you nak tampar I tadi. lagipun, I tak berniat langsung nak cabul you ok. I just nak tolong you bersihkan seluar you. Itu sahaja. You yang tak reti sangat nak control marah you sampai nak tampar I. I mintak maaf banyak-banyak ok. Semua yang I buat tadi secara tidak sengaja.” Terangku panjang lebar sambil membetulkan tudungku yang sudah tidak semenggah. Tidak lama kemudian, datang seorang lelaki lagi. Mungkin kawan lelaki yang aku langgar tadi.
” kenapa ni cik? Apa yang awak dah buat dengan kawan saya ni? Risz, kau ok?” Soalnya tiba-tiba.
” Dia ini kawan awak ke? Saya minta maaf encik, saya betul-betul tak sengaja. Saya tertumpahkan air dia kat seluar. And then, saya tertumbuk dia sebab dia nak tampar saya.” Terangku lagi kali ini kepada rakan lelaki yang di panggil Risz tadi.
Dia membantu rakannya bangun lalu lelaki yang bernama Risz tadi didudukkan di sebuah kerusi berdekatan.
“tak apalah cik. Ini cuma perkara kecil saja. Awak tak perlu risau. Kawan saya ni memang macam ni. Dia Temper semacam. Padahal hal kecik saja. Tak apalah,biar saya yang uruskan hal ini.” Ucapnya sopan.
“Betul ni? Ok, terima kasih encik. Saya pergi dulu. Saya betul-betul tak sengaja.”
Lelaki tadi sekadar mengangguk sambil tersenyum kepadaku. Aku pula segera meninggalkan mereka. Aku keluar mencari kelibat rakan-rakanku dan akhirnya aku temui mereka di Parkson sedang leka melihat barangan berjenama di situ.
“Iesha, kau pergi tandas lamanya!” tegur Afiffah yang sememangnya menyedari ketiadaan aku sebentar tadi. Dia menyangka bahawa aku pergi ke tandas sebentar tadi.
“oh, hehe..em, constipation larh tadi. Makan ayam banyak sangat agaknya..” jawabku berseloroh. Mereka tertawa mendengar kata-kata aku.Aku sengaja tidak mahu menceritakan peristiwa tadi kepada mereka. Tidak mahu diingati lagi peristiwa yang memalukan itu.
“Eiii!! Patutlah tiba-tiba sahaja tadi aku terbau busuk. Rupanya kau yang ade masalah sembelit. Haha.” Balas Afiffah.
” Hm..yelah.. kalau yang busuk tu aku semua. Yang wangi tu kau orang kan?” ujarku sambil berpura-pura merajuk.
“tau tak apa!” jawab mereka serentak lalu kami sama-sama tertawa.
Keadaan yang tadinya tegang kini beransur tenang. Hari itu aku tak boleh nak tumpukan perhatian ketika meluangkan masa bersama rakan-rakanku. Perasaan malu, bengang dan rasa bersalah terhadap lelaki bernama Risz masih menghantui aku. Sara menyedari perubahan sikap ku itu.
“Iesha, kau ok ke? Aku tengok kau macam tak ok je sejak dari Parkson tadi. Actually kau pergi mana tadi?” soalnya cuba untuk mencungkil rahsiaku.
“Mana ada. Aku ok je lah. Tadi itu ramai orang di tandas. Aku beratur lama tau tak nak buang air!” aku menipu. Tetapi aku gagal. Dia seolah-olah mampu menduga yang aku ada menyimpan sesuatu dari pengetahuannya.
“Myiesha. I can see right through ur eyes that you are lying! Tell me, what happened to you just now?”
” betul dear aku tak tipu. Jom lah. Karang nak pergi lepak kat pantai lagi” aku pantas mengubah topik perbualan kami.
Kami berada di Melaka selama 2 hari satu malam. Cukup untuk aku melepaskan rindu buat kawan-kawan tersayang yang ada di Melaka serta dapat menghilangkan tekanan selepas menghadapi SPM minggu lepas. Keesokan harinya, aku dan Aqilah pulang semula ke Segamat.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
JANUARI 2011
Kafe Mutiara,Segamat
Hari ini adalah hari pertama aku berkerja sebagai seorang pembantu dapur di Kafe Mutiara. Pemilik kedai kek ini adalah kawan kepada ayah ku Tuan Haji Abd. Halim atau aku lebih mesra memanggilnya uncle Halim. Setakat yang aku tahu,dia memang seorang yang baik hati dan pemurah. Hari pertama lapor diri di pejabatnya, dia menyambut aku begitu baik dan bersopan sekali.
Hari pertama bekerja, aku tidak dibebankan dengan kerja yang banyak. Aku cuma diajar cara-cara melaksanakan tugasku sebagai seorang pembantu di dapur. Biarpun kerja ku hanya terperap di dapur sahaja, aku tidak kisah. Asalkan aku dapat pengalaman. Hari pertama aku diperkenalkan kepada semua rakan-rakan setugas termasuk penyelia kami. Mereka di situ nampaknya baik-baik dan ramah-ramah belaka.
Uncle Halim menerangkan kepada mereka bahawa aku hanya bekerja di bakeri miliknya cuma untuk sementara waktu sahaja untuk belajar dan menimba pengalaman. Sekiranya aku mendapat tawaran sambung belajar, aku akan berhenti kerja.
Setelah berkenalan dan berbual-bual bersama rakan kerja yang lain, aku dibawa berjumpa dengan anaknya. Secara jujur, aku tak pernah kenal dengan anak Uncle Halim. Yang aku tau nama anak dia adalah Adam Mukhrisz. Namanya sedap kan? Tapi aku tak tahu lah bagaimana rupa orangnya. Uncle Halim cakap selama ini anak-anaknya tinggal di Kuala Lumpur. Kecuali anak bongsunya sahaja yang tinggal bersamanya di Segamat.
Uncle Halim mengetuk pintu bilik anaknya sebaik sahaja kami sampai di bilik anaknya.
“masuk!” panggilnya dari dalam.
Uncle Halim memusing tombol pintu tersebut dan menolak daun pintu perlahan. Entah kenapa, tiba-tiba aku rasa berdebar-debar. Gemuruh semacam. Seakan ada rama-rama dalam perutku.
“oh, abah rupanya. Ingatkan siapa. Ada apa abah?”
Aku berdiri di belakang Uncle Halim. Memencilkan diriku.
“Ni ha, ayah nak perkenalkan pekerja baru kita. Namanya Myiesha.” Ujar Uncle Halim memperkenalkan diriku kepada anaknya, Adam Mukhrisz. Aku terpana sebaik sahaja melihat wajah anak Uncle Halim. Alamak! Bukan ke dia lelaki yang aku tertumpahkan air tempoh hari? Aduh! Macam mana ni? Mesti dia mahu balas dendam. Aku menundukkan wajahku. Tidak berani untuk menatap raut wajah lelaki yang bernama Risz itu.
“Maaf Myiesha, uncle terpaksa tinggalkan kamu berdua sebab uncle ada meeting and I need to rush to KL Risz, tolong bantu Myiesha ya. Please make her comfortable working in our cafe”
“Don’t worry dad. I will..” Balasnya bersama senyuman sinis di bibir.
Uncle Halim meninggalkan kami berdua di pejabat anaknya. Aku agak bingung. Rasa takut mula menguasai diri. Aku tidak berani mahu menentang mata Risz.
” If i’m not mistaken you gadis yang dah tumpahkan air pepsi dekat seluar I tempoh hari kan?” soalnya memulakan bicara. OMG! Damn! Macam mana dia boleh ingat lagi? Tak silap aku sudah hampir seminggu perkara tersebut berlalu.
Aku memberanikan diri mengangkat muka menghadap wajah Risz. Aku lihat dia tersenyum sumbing. Ya Allah! Selamatkanlah aku Ya Allah! Aku berdoa di dalam hati. Aku menggeleng perlahan. Cuba untuk menafikan.
“how can i forget you because you gadis pertama yang berani tumbuk i!” dia cuba meninggikan suara. Aku hanya mampu membisu sahaja pada ketika itu.Dalam detik itu,waktu itu dan saat itu, aku merasakan dunia ini seakan berhenti berputar. Aku berusaha sedaya upaya untuk mengangkat wajahku dan berlagak tenang di hadapan majikanku itu.
Aku terpana melihat wajah anak majikanku ini. Kami bertentang mata buat seketika dan renungan matanya mampu membuatkan hatiku berdegup kencang. Lidahku kelu seribu bahasa. Wajah Risz umpama wajah lelaki yang sering hadir dalam mimpi-mimpiku. Ya,wajahnya adalah wajah priya idamanku selama ini.
“Hei! Dah tembus ke mana renungan you itu??” Tengkingnya. Bahuku terangkat. Aku agak terkejut mendengar tengkingannya tadi.
“Err..maaf Encik Risz..” Hanya itu sahaja yang mampu aku katakan.
“Aku tahu lah aku ni handsome, tak perlu nak renung aku macam raksasa nak serang ultraman!” Marahnya. Aku mencebik dan tersenyum sinis.
“Well,hello.. awak ingat, awak anak orang kaya, handsome,saya boleh tangkap cintan dengan awak? Tolonglah jangan perasan Mr. Snobbish! Sudahlah, saya pun tak ingin nak berkenalan dengan awak berlagak! Lebih baik saya pergi buat kerja saya!” Balasku. Entah dari mana datangnya keberanian aku untuk menyangkal kata-katanya sebentar tadi. Setelah menghabiskan ayat terakhir,aku segera mengangkat kaki keluar daripada pejabatnya. Aku terus menuju ke dapur untuk memulakan kerjaku. Hari ini Risz benar-benar telah menghilangkan mood aku di hari pertama berkerja.
Sudah seminggu aku berkerja di kedai kek ini dan nampaknya, aku sudah mulai selesa dengan persekitaran tempat kerjaku ini.Tetapi, cuma ada satu sahaja yang kurang menyenangkan aku. Risz,ya, majikanku. Dia sengaja mencari peluang untuk mengenakan aku setiap hari di tempat kerja. Ada sahaja yang bukan kerja aku disuruh lakukan. Setiap hari,dia mahu aku membuat dan menghantar secawan kopi latte dan sepotong kek coklat. Setiap hari juga sebelum dia habis waktu kerja, aku dikehendaki mengemas meja kerjanya. Dia mengugut mahu memberitahu uncle Halim bahawa aku suka mencuri tulang semasa kerja sekiranya aku mengingkari arahannya. Mahu atau tidak aku terpaksa juga mematuhinya kerana tidak mahu uncle Halim mengadu apa-apa dengan ayah aku. Kadang-kadang aku meluat juga lihat perangainya. Tapi sejujurnya, aku rasa senang apabila dia minum secawan latte yang aku buat setiap pagi. Aku tidak tahu mengapa perasaan itu wujud apabila aku melihat dia menikmati secawan kopi latte dan kek coklat yang aku hidangkan setiap pagi. Secara tidak langsung, aku dapat juga menatap wajahnya setiap hari. Jatuh cinta?Err…mungkin terlalu awal untuk aku mengakuinya. Tapi sejujurnya, aku berdebar-debar setiap kali terpandang wajahnya.
Ketika aku sedang menguli doh roti, aku disapa oleh Kak Rafidah. “Iesha, akak tengok, Encik Risz itu,suka sangat suruh kau hidang itulah,inilah. Kau ada apa-apa ke dengan dia?” Soalannya membuatkan aku terdiam.
“Hish! Ada-ada sahajalah kakak ini. Saya pun meluat juga kadang-kadang dengan sikapnya yang sombong dan cerewet itu. Sekejap itu tidak kena,sekejap ini tidak kena. Suruh buat itulah,suruh buat inilah.. Dia fikir saya ini orang gaji dia ke??” Jawab aku.
“Inilah dia, susahnya pekerja wanita. Hari-hari tak ada kerja lain, asyik nak mengumpat orang sahaja.” Tiba-tiba kami disapa oleh seseorang dibelakang. Aku hanya membisu. Rupanya, si Risz yang menegur kami. Entah dia dengar atau tidak aku mengumpat dia tadi. Kak Rafidah sudah pergi membawa kek coklat yang sudah disejukkan tadi untuk dihias. Risz merapatkan tubuhnya dengan tubuhku seraya berbisik di telingaku : “kau berani mengumpat saya di hadapan pekerja wanita yang lain ya. Aku laporkan pada Tuan Halim baru awak tahu. Kau tu ingat sikit. Kalau tak kerana dia, jangan haraplah kau akan dapat bekerja di sini. Faham?!”
Aku hanya diam dan tidak memperdulikan bisikannya. Dia agak bengang melihat tingkah lakuku. Lalu dia mengarahkan aku untuk menyediakan dua cawan kopi latte dan beberapa biji tart telur untuk dihidangkan pada tetamu yang akan datang sebentar lagi. Aku masih lagi senyap.Enggan membalas apa-apa. Apabila dia melihat tiada respon daripadaku,dia terus pergi meninggalkan aku.
“Iesha, Boss panggil awak.” Ujar Abang Remy,salah seorang pekerja di kedai itu. Aku segera membasuh tangan dan terus berjalan menuju ke bilik Risz. Entah apa pula yang dia mahu kali ini. Tak habis-habis mahu membuli aku. Aku mengetuk pintu biliknya sebelum masuk.
” Masuk!” Panggilnya dari dalam. Aku memulas tombol pintu perlahan-lahan lalu menapak masuk ke dalam biliknya.
” Ha,aku mahu kau buatkan kami dua cawan Latte sejuk dan dua potong kek coklat kau.” Arahnya. Aku hanya mengangguk. Wajahku tidak menunjukkan sebarang reaksi. Tetapi, aku perasan rakannya yang duduk berhadapan dengannya sedari tadi tidak lepas memandangku. Aku menoleh ke arahnya seraya memberi senyuman semanis mungkin. Dia membalas senyumanku. Sebaik sahaja aku ingin melangkah setapak, dia segera berdiri lalu menghalang langkah pertamaku.
“Hai, awak tak ingat saya lagi ke? Kita jumpa dekat Mahkota Parade,Melaka tempoh hari?” Sapanya sambil tersengih memandangku.
Aku merenung wajah lelaki di hadapanku ini. Aku cuba untuk mengimbau kembali setiap detik peristiwa semasa aku berada di Melaka. Barulah aku perasan rupanya dialah rakan si Risz yang sedang cuba mendamaikan kami semasa pergaduhan di Mahkota Parade tempoh hari. Aku mengangguk dan tersenyum manis.
“Now, you remember right? Well, I’m Syahril Azmi but you can call me Syah, and you??” soalnya kembali.
” Saya Myiesha. Nice to meet you. Err..Please have a sit sir..” jawabku..
“Tak perlulah berencik-encik dengan saya. Oh ya, By da way, this is my card. Kalau awak ada apa-apa,bolehlah hubungi saya. Err.. can I have your number please?”
“Err.. But for what???” Aku agak sangsi dengan permintaan lelaki ini.
“Untuk I contact you lah..”
“EHEM! EHEM! Dah lah tu. Kau tak payah nak menggatal dengan kawan aku. Kau pergi siapkan order aku tadi.” sergah Risz. Agaknya,sedari tadi dia memerhatikan tingkah laku kami berdua. Aku tersentak dan menjeling ke arahnya. ‘hello! Tolong sikit ye. Kawan kau yang dok menggatal minta nombor telefon aku..’ ujarku dalam hati. Aku berpaling dan terus meninggalkan mereka berdua.
Malam itu, seperti biasa, selepas mengemas barang-barang di dapur,aku berdiri termenung di kaunter hadapan sambil memerhatikan gelagat para pelanggan yang mengunjungi kafe mutiara ini. Hmm.. Entah bila lah keputusan SPM akan diumumkan. Aku rasa tidak sabar mahu menyambung pelajaran. Rindu kepada kehidupan sebagai seorang pelajar. Rasanya, mungkin bukan sebab itu sahaja,tetapi juga sebab… Risz. Ya, lelaki itu betul-betul buat aku meluat dengan kerenahnya yang bukan-bukan. Tiap-tiap hari aku pulang dengan riak muka yang kepenantan bukannya kerana kerja,tetapi kerana penat melayan kerenahnya yang mahu itu dan ini. Eish! Tapi kadang-kadang bila dia memuji keenakan kopi latte yang aku bancuh buatkan penat aku hilang dan aku selesa dengan pujian itu.
Aku mengerling jam di dinding kafe. Sudah hampir pukul 12 tengah malam. Waktu bekerja hampir tamat dan bilangan pelanggan semakin berkurangan, aku meninggalkan kaunter hadapan dan kembali ke bilik rehat untuk mengambil tas tanganku. Oleh kerana tugasku sudah selesai, aku dibenarkan pulang sebelum jam 12 tengah malam. Sebaik sahaja aku mahu melangkah keluar, aku di sapa oleh seseorang
” Hai.. cik Iesha, awalnya awak balik. Baru pukul 11.45,belum pukul 12 lagi kan?”
“Assalammualaikum. Eh, Encik Syahril. Err.. kenapa awak tak balik lagi? Dah malam ni?” jawabku.
” Err.. Waalaikumussalam.. Saya sebenarnya sedang tunggu Risz. Awak mahu ke mana selepas ini??”
“Saya tak ada ke mana-mana. Encik Syahril nak kemana?” tanyaku pula.
“Saya ingat nak pergi minum dengan Risz. Ni yang tengah tunggu dia ni. Why not you join us? Nanti I hantarkan you balik rumah,” pelawanya sambil tersenyum. Hm,aduh,senyuman manis Encik Syahril bisa mencairkan hati mana-mana wanita termasuklah aku. (Ehem-ehem..)
“Tak apalah Encik Syahril, saya nak balik awal takut nanti ayah saya risau pula. Lagipun tak elok kalau anak dara keluar malam-malam dengan lelaki. Nanti orang pandang cakap apa pula.” Jawabku menolak perlawaannya dengan elok.
“Okay,kalau macam itu, tak mengapalah. Mungkin kita boleh dinner next time? Itupun kalau awak sudi dengan perlawaan saya. By the way, tolong jangan berencik-encik dengan saya. Just call me Syah okay?”
“Baiklah Encik Syah. Oppss!! Baiklah Syah. Nanti kalau saya free kita dinner. Lagipun awak jangan risau, i’ll drive safely.”
Drive safely? Aku nak drive savely? Aku kalau dah memandu,selagi ada kereta yang jalan macam siput atas jalan tu,selagi itu aku potong. Aku mengucapkan salam kepada Syahril seraya melangkah menuju ke keretaku. Aku menghidupkan enjin kereta seraya memandu perlahan meninggalkan Syahril sendirian di hadapan tempat kerjaku.
Malam minggu seperti ini biasanya aku lebih suka menghabiskan masa di gym. Memandangkan aku tiada masa pada hari lain, jadi aku menggunakan masa yang terluang seperti ini untuk mengeluarkan peluh di samping dapat mengurangkan berat badan yang nampaknya semakin bertambah sejak bekerja di kedai kek. Memang aku akui, ketagihan dan kesukaan aku melihat pemanis mulut merupakan salah satu penyebab yang mendorong aku untuk bekerja di kedai kek. Memang sejak dahulu lagi aku sudah merancang untuk bekerja di kedai kek setelah tamat menduduki peperiksaan SPM
Setelah mebuat pembayaran, aku terus menuju ke locker ku. Aku membuka pintu locker lalu aku masukkan beg dan sandalku di dalam locker. Aku keluarkan sehelai tuala dan kasu sukan ku dari dalam beg. Sebaik sahaja menutup dan mengunci pintu locker, aku berpaling dan tanpa aku sedari, aku terlanggar seseorang dan disebabkan oleh perlanggaran yang terlalu berwibawa itu menyebabkan kami sama-sama terjatuh.
” Aduh! Sakitnya!!!” jerit lelaki tadi.
Aku tersedar dan aku amat terperanjat apabila aku mendapati kini aku berada di atas tubuh lelaki yang aku langgar sebentar tadi. Mataku terbeliak. Aku berusaha sedaya upaya untuk bangkit kerana khuatir lelaki itu tidak dapat menahan beban tubuh badanku yang agak berisi ini. Namun begitu,lantai yang licin menyebabkan aku sukar untuk bangun dan aku jatuh sekali lagi menghempap tubuh lelaki sasa tadi. Lelaki itu mengaduh lagi. Kali ini lebih kuat daripada tadi.
“Sorry… saya tak sengaja,” ucapku dalam nada cemas. Untuk seketika, aku melihat raut wajah lelaki tadi. Terperanjat bukan kepalang aku apabila aku menyedari bahawa lelaki yang aku timpa itu adalah Risz, boss aku sendiri. Pandangan kami bertaut buat seketika. Dengan tidak semena-mena aku terpana melihat kekacakan wajah Encik Risz. Lamunan kami terhenti tidak lama kemudian.
“Awak Encik Risz?! Awak buat apa di sini?” ujarku masih lagi terperanjat dengan kejadian tadi.
” Patutnya,aku yang tanya kau. Kau tu buat apa kat sini?” soalnya.
“Saya datang sini nak bersenamlah. Takkan nak buat kek pula.” Lancang sahaja mulutku menjawab soalan Risz. Sengaja aku sakitkan hatinya dengan memberikan jawapan loyar buruk.
“Amboi! Menjawab! Menjawab!” marahnya.
“eh, dah encik Risz yang tanya, saya jawablah!” jawabku lagi, tidak mahu mengalah.
” Kalau ya pun, kau tu bangunlah dulu dari atas badan aku ni. Berat tahu tak!” Marahnya lagi.
Aku agak malu lalu segera bangkit dengan sedaya upaya aku. Akhirnya, berjaya juga. Tadi rasa susah sangat hendak bangun.
“Lain kali kau tu tengok lah sikit nak pusing tu. Ini tak. Main terjah je macam lembu nak sondol orang. Aduh! Sakit tau tak belakang badan aku ni.” Dengan muka yang membengis dia memandangku.
” Hello, yang encik Risz tu, berdiri dekat belakang saya tu apahal? Saya memang betul lah dekat locker saya. Awak tu yang jalan tak pakai mata! Mata letak di punggung agaknya!” balasku lagi. Pertengkaran kami di ruangan locker beterusan sehingga mengundang perhatian beberapa orang ahli gym di situ. Menyedari yang pertengkaran kami sedang diperhatikan, Risz segera mengakhiri pergaduhan.
” Kau tunggu di Kafe esok! Siap kau aku kenakan.” Bisiknya perlahan ketika kami berselisihan.
Manakala aku hanya berdiam diri dan buat selamba seperti tidak mendengar apa yang dibisikkan tadi. Aku terus menuju ke ruangan gym untuk membuat senaman regangan dahulu sebelum menapak menuju ke treadmill. Rasa tidak puas hati terhadap Risz yang suka mengata aku bukan-bukan itu aku bawa sejak mula bersenam sehingga pulang ke rumah.
Sedar tak sedar sudah hampir tiga bulan aku berkerja di Kafe Mutiara. Hari ini adalah hari terakhir aku berkhidmat di sini. Keesokan harinya keputusan SPM akan diumumkan. Rasa berdebar juga jantung aku ini. Oleh kerana hari ini merupakan hari terakhir aku berkerja di sini, aku berharap agar hari ini dapat memberikan aku memori terindah dalam hidupku. Pagi ini, aku datang sedikit awal daripada biasa kerana aku mahu menyediakan kopi latte kegemaran Risz agak istimewa sedikit. Begitu juga dengan kek coklat, aku telah pun menyiapkan satu bekas kek coklat istimewa untuk Risz dan sepotong lagi untuk dia minum pagi.
Entah kenapa sejak semalam lagi aku rajin sangat dan berasa teruja untuk membuat kek coklat kegemaran Risz. Mungkin juga sebab aku mahu memberikannya penghargaan kerana telah memberi peluang aku berkerja dan menimba pengalaman di sini.
Semuanya telah aku siapkan dan sekarang aku hanya perlu menghantar kopi latte dan kek coklat itu ke dalam pejabat Risz sahaja sebelum dia masuk ke pejabat. Aku meletakkan kopi latte dan kek coklat di atas meja Risz dengan teliti. Aku melihat keadaan meja Risz sangat serabut sekali. Aku pun mula menyusun kertas-kertas dan buku yang berselerakan di atas meja Risz. Sebaik sahaja aku mahu mengangkat dan menyusun buku-buku di bahagian tepi meja, tiba-tiba aku terpandang gambar seorang wanita cantik di atas meja Risz. Aku terpana seketika. Buat kesekian kalinya kurasakan bumi bagaikan berhenti berputar. Aku meletakkan buku dan kertas-kertas yang aku pegang tadi di bahagian tepi meja.
Tangan gatalku mencapai gambar wanita itu di atas meja. Hatiku berdetik ‘siapakah gerangan wanita ini dalam hidup Risz?’. Namun soalan itu hanya terbiar sepi tanpa jawapan. Aku memusingkan gambar itu.Di belakangnya tertulis nama wanita itu dan beberapa ungkapan ayat yang agak romantis. Tiba-tiba kedengaran daun pintu ditolak dari luar. Risz terlihat aku sedang memegang foto teman wanitanya. Dia seolah-olah tergamam. Aku meletakkan semula foto itu dan berlalu meninggalkan Risz. Tetapi, belum sempat aku meninggalkan pejabatnya,dia bersuara:
” Itu Mona, bekas teman wanita aku semasa aku belajar dahulu.” Aku hanya terdiam. Agak lega sedikit apabila mendengar perkataan ‘bekas’ di belakang perkataan ‘teman wanita’ itu. Eh, tapi, tunggu dahulu,.kenapa aku perlu rasa cemburu pula. Bukankah aku meluat dengan perangainya yang suka membuli dan mulutnya seperti tiada insuran itu? Dan yang lebih aneh, mengapa mesti dia memberitahu aku siapa perempuan itu, aku tidak pernah tanya pun. Malahan aku tidak menunjukkan sebarang reaksi pun.
“kenapa Encik Risz beritahu saya? Saya tak tanya pun.” Jawabku selamba.
Risz terdiam membisu. Aku menoleh dan melihat wajahnya merah menyala menahan malu.
“Maafkan saya kerana menyentuh barang kepunyaan encik Risz tanpa kebenaran. Saya pergi dulu.” Ujarku lagi. Kali ini nada suaraku agak mendatar. Entahlah, rasanya semangat hari terakhir bekerja telah hilang gara-gara Risz. Kenapa aku bersikap sebegini? Adakah aku sudah mula menyayangi Risz? Oh! Tidak mungkin! Ini tidak mungkin terjadi.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
SEPTEMBER 2011


KLIA, Kuala Lumpur.
Keputusan SPM telah pun diumumkan dan aku? Akhirnya aku berjaya juga mendapat keputusan yang cemerlang. Selajur dengan itu, aku telah ditawarkan oleh pihak kerajaan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.
Aku merupakan salah seorang daripada 50 orang pelajar dari seluruh negara untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Yuran pembelajaran kami ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Aku rasa amat bersyukur kerana ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dan itu sememangnya impian aku sejak kecil. Mahu merantau dan menuntut ilmu di negara orang sekaligus membawa nama negara tercinta.
” Mama, ayah, Iesha mahu minta maaf dengan mama dan ayah atas segala dosa Iesha pada mama dan ayah. Ampunkan Iesha ya. Halalkan makan minum Iesha dan restuilah pemergian Iesha ke negara orang. Tolong sentiasa doakan Iesha supaya suatu hari nanti, Iesha pulang menjadi seorang yang berjaya,”Aku menyalami tangan mama dan ayah sebelum aku menuju ke balai perlepasan antarabangsa.
“Iya nak, kami ampunkan segala dosa-dosa Iesha dan kami sentiasa mendoakan agar Iesha pulang dengan kejayaan sebenar wahai anakku. Jangan tinggal solat dan jagalah tatatertib kita sebagai orang timur. Kalau boleh, kekalkanlah hijab di kepala Iesha ini bermula kamu berpijak di bumi orang sehinggalah kamu pulang kembali ke tanah air,” nasihat ayah panjang lebar. Kolam mataku sudah tidak dapat ditahan lagi lalu air mataku berjurai ke pipi gebuku. Maklumlah, ini merupakan pertama kali aku berjauhan dengan keluarga. Sudah pasti ini sesuatu yang menyedihkan.
Mama mecium pipiku bertalu-talu setelah aku melepaskan tangannya. Dia memeluk aku dengan erat sekali seakan enggan melepaskan aku pergi. Dia juga turut menitiskan air mata.
Dengan hati yang berat, aku melepaskan rangkulan mama. Aku meminta izin daripada mereka untuk pergi. Pemergianku di hantar dengan kesedihan dan kehibaan mereka. Aku melangkah perlahan menuju ke pintu gerbang pemeriksaan. Dan aku berhenti dan menoleh ke arah mereka buat kali terakhir sebelum aku berlepas ke Amerika Syarikat..
Segamat,Johor.
Adam Mukhrisz meletakkan briefcasenya di atas meja ruang tamu rumahnya. Jelas keletihan terpancar di raut wajahnya. Dia duduk bersandar dan termenung mengingati semula kejadian siang tadi.
” Kak Fyda, err.. Myiesha mana ya? Sudah seminggu dia tidak datang kerja. Akak tolong beritahu dia yang saya nak dia sediakan latte dengan kek coklat saya macam biasa dan suruh dia jumpa saya dengan segera pagi ini ya.” Arah Mukhrisz tanpa ada koma mahupun jeda pada kata-katanya. Semuanya diarahkan dengan sekali lafaz.
Rafidah berasa pelik. Takkan Mukhrisz tidak tahu yang konrak Myiesha sudah tamat dan gadis itu telah pun terbang ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal itu dan memandang Adam Mukhrisz dengan riak muka yang kehairanan.
“Maaf encik Mukhrisz, Myiesha bukankah sudah tamat kotraknya berkhidmat dengan kita? Lagipun hari ini dia sudah mahu berlepas ke Amerika Syarikat untuk menyambung pelajarannya. Apa, encik tidak tahu apa-apakah berkenaan hal ini?” terang Rfidah panjang lebar.
‘Gulp! Benarkah kata-kata Kak Fyda ini?’ ujar Mukhrisz. Namun ayatnya tidak terluah.
” Yakah? Macam mana saya boleh tidak tahu tentang ini. Err.. tak mengapalah kak, kakak boleh sambung kerja.” Ujarnya lagi. Kali ini nada suaranya agak kendur sedikit. Terkedek-kedek Rafidah berjalan menuju ke ruangan dapur untuk menyambung kerjanya yang terbengkalai seketika.
“Risz, kamu dah makan? Mahu mama siapkan makanan tengah hari?” Sapaan Puan Hajah Mariam menghentikan lamunan Adam Mukhrisz. Mukhrisz menoleh ke arah ibunya.
“Tak apalah mama, Risz nak naik mandi dan bersolat dahulu. Nanti kalau Risz lapar,Risz suruh Mak Mah saja yang sediakan makanan.” Jawabnya hambar.
Entah kenapa sejak mengetahui berita tentang pemergian Myiesha mematahkan selera tengah harinya. Adam Mukhrisz bangun dan mula menapak anak tangga satu-persatu menuju ke biliknya.
Sedang Adam Mukhrisz menonton televisyen di dalam biliknya, tiba-tiba telefonnya berdering. Dia menekan butang ‘answer’ pada telefon bimbitnya.
“Hello,” Jawabnya ringkas.
“Hello, err.. Risz ke tu?” Suara seorang wanita berkumandang dari talian sebelah sana.
“Ya saya, ini siapa?” Soal Risz kehairanan.
“Ni I lah, Mona. You dah tak ingat dekat I lagi ke Risz?” ujar Mona dengan suara yang seakan menggoda.
” Oh, you, nak apa call I malam-malam begini? Boyfriend you tu mana?” soal Risz. Kali ini agak sinis berbanding tadi.
“I mana ada boyfriend sejak terpisah dengan you semasa di UK dulu? I’m sorry, I didn’t contact you since we’ve separated at the KLIA last year but that doesn’t mean that i’ve forget about you darl..I’m missing you so much dear. Please.. forgive me darling.” Tanpa rasa segan silu, Mona sengaja memanjakan suaranya untuk memikat Risz. Dia tahu semasa mereka masih bersama semasa di United Kingdom dahulu, Mukhrisz paling lemah dengan godaan yang sebegini.
Tapi itu dahulu, sejak Mukhrisz pulang ke tanah air dan berkerja dengan ayahnya,dia mula berubah. Dia sering sahaja dingin terhadap wanita dan sebagai kesannya, Myiesha menerima tempiasnya. Mungkin kegagalan dia untuk menghubungi Mona merupakan penyebab dia jadi begitu. Disebabkan itu, dia merasakan seperti Mona mahu mempermainkannya lalu dia telah menanamkan azam untuk bersikap dingin terhadap wanita. Baginya, semua wanita sama sahaja. Apatah lagi, semasa dia membuka laman sosial Facebook Mona,dia mendapati Mona telah pun membuat status perhubungan baru dengan seorang jejaka. Lagilah perasaan benci terhadap Mona semakin kuat. Lantas, dia mengambil keputusan untuk melupakan gadis itu.
” Sorrylah Mona, I dah lama anggap hubungan kita sudah berakhir. Maafkan I. I tak mampu terima sesiapa lagi dalam hidup I. Bye.” Belum sempat Mona membalas kata-katanya, dia telah pun mematikan talian.
“Huh! Dasar perempuan murahan! Selagi ada lelaki dalam dunia ni,semuanya kau mahu kikis.” Marahnya. Dia sendiri mengutuk perangai Mona yang agak keerlaluan itu.
Tapi sejak bertemu Myiesha, naluri lelakinya jadi lebih sensitif. Dia mudah tersentuh. Sejujurnya, Adam Mukhrisz sememangnya sudah jatuh hati dengan Myiesha sejak pertama kali gadis itu menyediakannya secawan latte dan sepotong kek coklat. Cuma dia masih belum boleh menerima hakikat itu. Dia sengaja menyuruh Myiesha menghidangkannya secawan latte dan kek coklat setiap pagi bukan kerana dia mahu membuli gadis comel itu,tetapi kerana dia memang benar-benar menggemari kek coklat basah dan latte yang dibancuh gadis itu.
Adam Mukhrisz tersenyum sendirian ketika dia teringat sewaktu mereka terserempak di gym dan bergaduh di khalayak ramai dan senyumannya kendur sebaik sahaja dia teringatkan peristiwa di mana Myiesha telah menjumpai foto Mona.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
5 TAHUN KEMUDIAN


Adam Mukhrisz melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk di ruang tamu rumahnya. Matanya dipejam rapat. Keletihan di tempat kerja masih belum hilang. Setelah menyambung pelajaran di peringkat sarjana, Mukhrisz telah mengambil keputusan untuk membuka empayar perniagaannya sendiri. Dia kini membuka rangkaian restoran francais dan sekarang dia telah mempunyai kira-kira 20 buah restoran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kafe Mutiara milik Tuan Haji Abdul Halim juga bernaung di bawah syarikatnya.
Dia hampir terlelap dek kepenatan yang teramat sangat. Namun begitu, lelapnya hanyalah sementara. Dia dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitnya di atas meja. Tertera di skrin telefonnya nama ‘mama’. Dia menjawab panggilan tersebut dengan nada suara yang perlahan.
“Hello, assalammualaikum mama,” ujarnya memberi salam. Namun matanya masih terpejam lagi.
“Waalaikumussalam, Risz, mama ni. Ini mama ada berita gembira untuk kamu. Bukankah bulan lepas kamu ada menyuruh mama mencarikan kamu calon isteri? Mama rasa mama sudah jumpa siapa yang layak kamu jadikan calon isteri.” Jawab Puan Hajah Mariam.
Serentak dengan itu, mata Adam Mukhrisz yang tadinya terpejam rapat terbeliak dengan serta- merta. Dunia dirasakan umpama berhenti berputar buat seketika. Dia benar-benar tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.
“mama, u’re kidding right??” soalnya balik untuk mendapatkan kepastian.
” err.. no darling, i’m not. Okay, look, why don’t you come back tomorrow and we can talk about this later. Mama dah pun merisik Za untuk Risz and I think, she’s the best choice ever! Trust me, u’ll like her.” Terang Puan Hajah Mariam panjang lebar.
” Tapi mama..” baru sahaja Adam Mukhrisz mahu mencelah, mamanya telah mematikan talian dari sebelah sana. ‘ Tapi aku Cuma bergurau sahaja. Tidak aku maksudkan kata-kata itu’ desis hatinya. Dia hanya mampu menepuk dahi. Adam Mukhrisz mula mendaki anak tangga menuju ke biliknya dengan pantas. Dia harus mandi dan mnyegarkan dirinya dahulu. Kemudian baru dia cari jalan bagaimana mahu membatalkan niat mamanya itu.
Akhirnya, majlis pertunangan antara Adam Mukhrisz dan tunangnya telah pun berjalan dengan lancar. Setakat ini, Adam Mukhrisz masih lagi tidak mengenali siapakah gadis pilihan keluarganya. Ketika acara pertunangan berlangsung, Adam Mukhrisz tidak ikut bersama. Dia memilih untuk tinggal di rumah sahaja.
Setelah beberapa kali dipujuk oleh Puan Hajah Mariam, Tuan Haji Abdul Halim serta adik beradiknya yang lain, dia terpaksa juga menerima calon isteri yang telah dipilih oleh Puan Hajah Mariam untuk dirinya. Lagipun dia tidak mampu menolak kerana khuatir jika mamanya diserang penyakit jantung seperti sebelum ini. Adam Mukhrisz redha dan pasrah dengan ketentuan jodohnya. Dia menerima sesiapa sahaja yang telah dijodohkan untuknya asalkan mamanya tidak kecewa.
Malam itu, Mukhrisz bersendirian di beranda rumahnya di tingkat atas. Dia berdiri sambil kepalanya mendongak merenung hamparan bintang di langit. Dalam keheningan malam, dia teringatkan seseorang. Seseorang yang dahulunya pernah mencuit hatinya. Ya, Myiesha. Dialah gadis yang telah berjaya menyentuh hati Adam Mukhrisz tanpa Adam Mukhrisz sedari. Dia tersenyum sendirian di beranda. Namun kini hanyalah tinggal kenangan semata-mata. Dalam tiga bulan lagi, dia akan mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan Puan Hajah Mariam. Kenangan lampau dilontar jauh dari kotak fikirannya.
Adam Mukhrisz sendiri tidak pernah kenal dengan tunangnya itu.Yang dia tahu, nama panggilan tunangnya, Za sahaja. Dia langsung tidak tahu nama penuh gadis itu. Kini baru dia teringat yang sebelum ini ibunya pernah meninggalkan nombor telefon tunangnya dan seingatnya, dia pernah menyimpan nombor telefon bimbit gadis itu di dalam diarinya. Adam Mukhrisz melangkah masuk ke biliknya. Dia membuka laci meja di tepi katilnya. Diari berwarna kelabu yang tersimpan kemas itu dikeluarkan. Dia menyelak helaian diarinya satu persatu. Akhirnya jumpa juga. Dia mengambil telefon bimbitnya di atas meja lalu nombor yang tertulis di dalam diari itu didail. Sejurus itu, dia menekan butang call lalu telefon di tangan dilekapkan di telinga. Diari di tangan disimpan semula ke dalam laci meja tersebut.
Nampaknya talian dari sebelah sana aktif. Dia sabar menanti agar talian daripada sebelah sana bersambut. Kali pertama nombor itu di dail tiada jawapan. Dicuba lagi untuk kali yang kedua. Tidak lama kemudian, talian dari sebelah sana bersambut.
“hello, assalammualaikum.” Jawab talian dari sebelah sana.
“waalaikumussalam. Ini Za ke?” Adam Mukhrisz menjawab salam tunangnya kemudian terus mengajukan soalan untuk memulakan perbualan.
” Ya, ini saya.. Err.. boleh saya tahu,siapa yang sedang bercakap disana?” Ujar tunangnya lagi. Kali ini dia pula yang mengajukan soalan.
” Err.. ini saya, tunangan awak. Sayalah Adam,” jawab Adam Mukhrisz perlahan.
” Oh, maaf. Saya ingat siapa tadi yang telefon saya malam-malam begini.”
“Maaf, Adam ganggu Za kah?”
” Eh, tidaklah. Kenapa Adam tidak tidur lagi?”
“Saja, Adam Telefon Za. Bukan apa, Adam sengaja mahu berkenalan dengan Za. Apakata kalau esok kita jumpa di luar? Biar Adam belanja Za.” Putus Adam.
“Maaflah Adam, bukan Za tidak sudi tapi bagi Za, tidak manislah kalau orang yang sudah bertunang keluar berdua-duaan. Lagipun, mama Za ada pesan dengan Za, orang kalau sedang bertunang tidak elok jumpa berdua-duaan. Dikhuatiri nanti seri pengantin akan hilang. Lagipun orang tua-tua pernah cakap, orang bertunang ini darah manis. Harap Adam faham.” Tolak Za dengan elok dan bersopan.
Adam Mukhrisz terdiam seketika. Terpana dia mendengar kata-kata Za sebentar tadi. ‘Patutlah mama beriya-iya benar mahu aku kahwin dengan dia.’ Desis Adam Mukhrisz dalam hati. Dia tersenyum seraya menerima penolakan Za dengan baik.
“Tak mengapalah Za, Adam faham. Tapi, kalau Adam mahu berkenalan dengan Za melalui telefon tak mengapakan?” soal Adam Mukhrisz bagi mendapatkan kepastian.
” Boleh. Apa salahnya.Err.. Adam kerja apa ya? Boleh Za tau?”
” Adam meniaga saja. Adam buka rangkaian restoran francais. Za pula?”
“Za sekarang menguruskan syarikat homestay milik keluarga Za.”
Dan perbualan mereka berlarutan sehingga tengah malam. Mereka berdua nampaknya sudah mula membuka pintu hati untuk mengenali antara satu sama lain. Perasaan bahagia mula menular dalam diri mereka.
Bunyi interkom mengejutkan Myiesha daripada lamunan. Segera dia menekan butang interkom di atas meja tersebut.
” Ya Sal, ada apa?”
” Cik Iesha, sudah tengah hari ni. Saya cuma mahu ingatkan cik yang cik ada lunch dengan Encik Azmi, wakil dari syarikat pembinaan Jaya Holdings Sdn. Bhd. ” Ujar Salwa di talian.
“Oh ya. Saya lupa pula. Nasib baik awak ingatkan saya Sal. Thanks a lot..saya pergi sekarang.” Ujar Myiesha.
” U’re welcome cik Iesha,” jawab Salwa, setiausaha syarikat keluarga Myiesha itu.
Myiesha bingkas bangun lalu mencapai tas tangannya. Dia membetulkan baju dan tudungnya. Kemudia dia mencapai briefcasenya sebelum berlalu keluar meninggalkan pejabat.
Di Vistana Hotel, Kuala Lumpur…
Sebaik sahaja melangkah ke dalam restoran,dia disapa oleh salah seorang pelayan di situ.
“Maaf cik, nama cik Myiesha ke?” soal pelayan restoran itu.
” Iya saya.” Jawab Myiesha pendek.
” Mari ikut saya. Rakan cik sedang tunggu kedatangan cik.” Ujar pelayan itu dengan sopan. Myiesha hanya tersenyum dan mengangguk lalu mengikut sahaja arah langkah pelayan wanita tersebut. Tidak jauh dari situ kelihatan dua orang lelaki berpakaian kemas sedang duduk di sebuah meja dan salah seorang daripada mereka kelihatan sedang mengangkat tangan melambai ke arahnya dan pelayan wanita itu terus menuju ke arah mereka.
“silakan cik.” ujar pelayan itu lagi selajur mempersilakan Myiesha untuk duduk.
“Terima kasih.” Myiesha tersenyum manis ke arah pelayan itu sambil mengucapkan terima kasih.
Kemudian, dia menoleh ke arah dua orang lelaki yang duduk bertentangan dengannya lalu tersenyum manis.
“Assalammualaikum, encik berdua ini daripada syarikat Jaya Holdings ke?” Ujar Myiesha memberi salam kepada mereka sebelum bertanya untuk mendapatkan kepastian.
“Ya,tapi Cuma saya seorang sahaja. Yang ini rakan saya. Iesha, don’t you remember us?” soal lelaki itu.
Wajah Myiesha agak berkerut sedikit sambil meneliti wajah dua orang jejaka di hadapannya. Apabila melihat Myiesha masih lagi teragak-agak untuk menjawab, kedua-dua mereka menanggalkan cermin mata yang dipakai.
“Iesha, this is me, Syah, Syahril Azmi. Don’t you remember me?” Ujar Syahril Azmi.
“Oh my.. Syah, how ur doin’? And.. Encik Risz…” setelah sekian lama, panggilan ‘Encik’ masih lekat lagi di bibir Myiesha. Dia agak terkesima dengan kehadiran lelaki itu. Manakala Mukhrisz masih lagi terpana melihat Myiesha yang kini berada di hadapannya. Lain benar dengan Myiesha yang pernah menjadi mangsa bulinya dahulu. Myiesha yang sekarang lebih cantik, anggun dan elegan berbanding Myiesha yang dahulunya gemuk dan selekeh.
“I’m doing great! How about you? Wah, sudah makin lawa you sekarang ya and..u’ve engaged?!” Duga Syahril Azmi sebaik sahaja terpandang akan cincin bertatahkan berlian terhias di jari manis gadis bertudung litup itu.
” Me too.. and.. yup! I’m engaged!” ujar Myiesha sambil tersenyum simpul. Maka sebaik sahaja mendengar pengakuan gadis itu, senyuman di bibir Adam Mukhrisz kendur dengan serta-merta.
“Congratulations! Bila you punya wedding?”
” InsyaAllah, kalau tiada aral mungkin dalam tiga bulan lagi. Syah dengan encik Risz jemputlah hadir sekali ya. Maaflah, verbal invitation sahaja, kad nya masih belum siap bila sudah siap nanti, saya akan suruh pembantu saya hantar kad itu kepada Syah dan Encik Risz.”
” It’s okay. InsyaAllah I akan datang bawa wife dengan anak-anak I. Tapi Risz ni tak taulah I. Kot-kot dia mahu datang dengan tunangnya sekali.” Syahril Azmi sengaja mengusik Mukhrisz.
“Oh, really? Awak sudah kahwinkah Syah? Tak jemput pun saya dan.. tak sangka saya Encik Risz sudah bertunang.” Jawab Myiesha ringkas. Dia cuba untuk memaniskan roman mukanya di pada Syahril Azmi dan Mukhrisz. Syahril Azmi hanya tertawa sahaja melihat reaksi Mukhrisz apabila rahsia tentang tunangnya dibocorkan di hadapan Myiesha. Muka Mukhrisz masam seperti ayam berak kapur sahaja.
“I kahwin masa you tengah study dekat US. Macam mana nak jemput you. Tapi I ada jemput family you.”
” Err..saya pun mungkin akan berkahwin dalam tiga bulan lagi. So, kalau majlis kita tak bertembung insyaAllah saya akan ajak tunangan saya tu ke majlis awak.”
“Great! Kalau macam itu, saya harap kamu berdua datanglah. Saya akan reservekan tempat VIP untuk kamu berdua”
“Hehe..eh, bukankah tujuan kita ke sini mahu membincangkan tentang projek pembinaan homestay you kan Iesha?”
“Ya, I ternanti-nanti topik perbualan ini untuk you mulakan.. haih, macam mana boleh menyimpang ni?”
“Err, Syah, I think, I have got to go now. Aku tak mahu ganggu kamu berdua berbincang soal kerja. Lagipun aku ada urusan yang mahu diselesaikan di office. See you later,” Ujar Mukhrisz sebelum berlalu pergi. Perlakuannya itu hanya diperhatikan oleh Myiesha dan Syahril.
“Pedulikanlah dia. Dia itu memang selalu macam itu. Okay, shall we start now?” soal Syahril Azmi memulakan perbincangan.
“ya, sure.” Jawab Myiesha. Meskipun mata dan telinganya masih mampu menangkap perbuatan dan kata-kata Syahril Azmi, namun fikirannya tidak lekang memikirkan tentang Mukhrisz. Lelaki itu tetap mampu mengusik hatinya meskipun hubungan mereka lima tahun sebelum ini sememangnya bagai anjing dengan kucing.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
3 BULAN KEMUDIAN


Suasana di ruang banglo kediaman Encik Jamaluddin iaitu ayah kepada Myiesha sungguh meriah sekali dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat handai. Manakala lain pula suasana di dalam bilik persiapan pengantin. Myiesha agak gementar sedikit. Apa tidaknya, sebentar lagi, bakal suaminya akan melafazkan akad nikah dan dia bakal menjadi seorang isteri kepada seorang suami. Bukan itu sahaja, malah dia agak gementar kerana sehingga sekarang, dia masih belum mengenali siapa sebenarnya bakal suaminya itu. Ketika mama dan ayahnya menyuruh dia melihat gambar bakal suaminya dia menolak mentah-mentah. Katanya mahu ‘surprise’. Nah, sekarang dia sendiri bagaikan cacing kepanasan. ‘Entah bagaimanalah rupa suamiku nanti.. hensem ke..botak ke..huish..harap-haraplah bukan rongak! Erk!’ Detiknya dalam hati.
Setelah selesai jurusolek itu merias wajahnya, Myiesha memandang dirinya di cermin. Dia sendiri tergamam melihat wajahnya yang lain daripada yang lain. Dia nampak begitu anggun dan berseri sekali. ‘Benarkah ini aku?’. Dia seperti tidak percaya. Sara yang menjadi pengapitnya juga kagum melihat penampilan rakan karibnya yang amat cantik. Sempena acara pernikahan, Myiesha mengenakan sepasang kebaya lace berwarna putih yang agak longgar sedikit. Tidak terlalu mengikut bentuk badannya. Dia juga mengenakan tudung berwarna putih dihiasi dengan labuci-labuci indah dan dilengkapi dengan veil yang berwarna putih. Myiesha Zahara memang benar-benar tampak seperti raja sehari.
Namun begitu, lain pula halnya dengan Mukhrisz. Dia tampak gelisah sedari tadi. Sudah hampir tiga bulan, dia masih lagi tidak dapat melupakan wajah Myiesha Zahara sejak pertemuan mereka di Hotel Vistana tempoh hari. Tetapi, hari ini dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangannya yang hanya dikenali sebagai ‘Za’ sahaja. Itupun, Cuma beberapa kali sahaja mereka bercakap di telefon. Mereka hanya berbincang tentang majlis perkahwinan mereka sahaja. Dia kini sudahpun duduk berhadapan dengan Tok Kadhi untuk memulakan acara pernikahan.
Tidak lama kemudian, pengantin perempuan melangkah keluar diiringi oleh pengapit dan ibu pengantin perempuan sendiri. Namun Mukhrisz masih lagi tidak dapat melihat wajah bakal isterinya itu kerana dilindungi oleh bakal ibu mertuanya dan apabila ibu mertuanya beralih posisi maka dapatlah dia melihat wajah bakal isterinya itu. Dia tergamam. Begitu juga dengan tunangannya itu. Namun masing-masing masih cuba melindungi rasa terkejut di dalam hati masing-masing kerana tidak mahu mengeruhkan lagi suasana. Tapi sebenarnya, dalam hati mereka, rasa bahagia dan gembira mula bertunas. Rupa-rupanya selama ini, tunangan Myiesha yang hanya dikenali sebagai Adam itu adalah Adam Mukhrisz manakala tunangan Mukhrisz yang hanya dikenali sebagai Za itu adalah Myiesha Zahara!
” Aku terima nikahnya, Myiesha Zahara Bt. Jamaluddin dengan mas kahwinnya RM250 tunai..” sambut Adam Mukhrisz melafazkan akad nikah. Alhamdulillah, maka dengan sekali lafaz sahaja, Myiesha Zahara dan Adam Mukhrisz telah selamat diijabkabulkan. Hari itu, Majlis persandingan berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Kedua mempelai tersipu malu tatkala mereka disandingkan di atas pelamin.
Menjelang tengah malam, setelah semua tetamu beransur pulang, Myiesha dan Mukhrisz melangkah masuk ke dalam bilik mereka. Myiesha berdiri di beranda biliknya sambil mendongak ke awan melihat hamparan bintang-bintang di langit. Bagi Myiesha, malam itu merupakan malam yang paling indah dalam hidupnya. Sedang dia leka memandang langit, Munkhrisz memeluknya dari belakang. Pinggan Myiesha dirangkul erat. Myiesha membalas pelukan suaminya dengan rasa penuh kasih sayang.
“Iesha, abang tak sangka rupanya selama ini, Iesha adalah tunangan abang. Abang meminang Iesha dahulu pun sebab mama abang yang desak.” Ujar Adam Mukhrisz dengan lenggok suara yang romantis. Chewah..
“Iesha pun sama abang. Iesha pun tak tahu rupanya selama ini, Iesha bertunang dengan abang. Iesha juga terima pinangan abang sebab keluarga Iesha tapi Iesha tak jangka yang lelaki itu abang. Bila Iesha ingat-ingat balik pertemuan kita di hotel Vistana dahulu, pasti Iesha rasa mahu ketawa.” Jawab Myiesha manja.
” Hahaha!! Abang pun. Sebenarnya, jujur abang mengaku, sejak pertama kali jumpa Iesha 5 tahun dahulu, hati abang dah pun terpikat. Yelah, mana taknya, dengan pipi Iesha yang tembam itu, putih melepak pula tu. Tapi masa itu, abang masih muda, tak tahu menilai permata yang sudah ada di depan mata. Abang sia-siakan Iesha dan lepas Iesha pergi sambung belajar, abang betul-betul rindukan Myiesha Zahara abang ni. Tiap-tiap hari abang berdoa agar Allah temukan jodoh kita dan sekarang Alhamdulillah, memang Iesha adalah jodoh sebenar Abang dan abang janji abang takkan sia-siakan Iesha.” Luah Mukhrisz dengan seikhlas hati. Myiesha yang mendengar luahan hati suaminya berasa amat tersentuh dan tanpa disedari, air mata mula membasahi pipi. Akhirnya, jejaka yang dinanti selama ini telah pun muncul dan dia mahu menikmati kebahagiaan ini sepuas-puasnya.
” Terima kasih Abang. Err.. tapi, abang masih mahukan kopi latte dan kek coklat setiap pagi?” soal Myiesha.
“mestilah! Itulah yang buatkan abang sukar mahu tidur malam tau.”
Dan mereka pun tertawa. Akhirnya kebahagiaan yang dikejar oleh mereka telah pun dikecapi bersama dan mereka mahu berkongsi nikmat kebahagiaan itu sehingga ke akhir hayat mereka.